Tuesday 13 November 2012


Kehadapan my future wife,
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin
 melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I …menulis ini adalah
 kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife,
I don’t know who the hell are you and I have no idea where
you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I
harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan
terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you
ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak
banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab,
setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke
seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel
tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh
dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana
dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat
cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even
cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah
tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu,
kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena
pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin
dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife,
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit
yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan
mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah
dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you
20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita
mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar
tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja.
Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan
mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa
salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-
minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh
tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1,
kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis
lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit
pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh,
lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you
tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu.
Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah
lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali
skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-
siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik
lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam
Jumaat.

My future wife ,
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak.
Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang
tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I
tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak
reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak
nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi…
Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel.
Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You
tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia.
Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran
kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je
dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak
kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh,
jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus.
Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan
dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-
ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya
sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki,
mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don’t
trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan.
I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You
merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah
nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun
mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan?

Saturday 9 June 2012

sedih nye,,

ari ni last aku kt umah... jap lg 8.45 da grak g station bus nk balik uitm seri iskandar.. cm sdiyh la pulak.. ari senin da strt klas... msti rndu kt smue yg ad kt umah.... i miss u my dear family..

Friday 27 January 2012

ku juga mencintai diri mu...

Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/saiful/ku_juga_mencintaimu.html ]
Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

untuk sayangku...

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

Friday 13 January 2012

kau sayang ku....

kepada insan yang amat aku sayang...

ingin aku katakan bahawa hanya engkau sahaja ada didalam hatiku, tidak mungkin ada yang lain. janji ku padamu sentiasa berlegar difikiran ku. siang malam aku asyik terfikir akan dirimu. walaupun perkenalan kita hanya dalam tempoh yang singkat, tetapi bagi aku perkenalan ini seperti sudah sekian lamanya. dalam tidak ku sedari, ikatan kita bersama telah masuk sebulan. bermacam dugaan terpaksa kita tempuhi bersama, pelbagai janji dan impian telah kita impikan dalam hubungan kita. aku amat mengharapkan agar semua ini akan tercapai dengan izin ALLAH S.W.T. kehidupan bahagia adalah impian aku bersamamu. adakah itu juga impianmu, wahai kekasih hatiku. kata kau pada ku, 6 tahun lagi, semua ini akan tercapai. insyallah dengan berkat dan izin yang diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada kita berdua. hati, suara dan dirimu adalah menjadi milikku. tiada siapa boleh mengambilnya dari diriku. begitu juga dengan diriku adalah milikmu. papa daniel adalah nama yang aku berikan kepada kamu dan mama ana pula nama yang kamu berikan padaku. aku amat bahagia sekali apabila berada disampingmu. "KAU TETAP DI SISI- ANDAI ADA RUANG DI HATIMU, INGIN KUSELIT CINTA DAN SAYANGKU". adakah kamu ingat dengan coretan ayat ini? dan kamu selalu berpesan kepada aku supaya jangan mangis, tapi sifat itu mungkin sukar untuk aku buang kerana aku tidak boleh mendengar luahan hati kamu yang menahan sebak kerana hati kamu kan sentiasa berada di dalam diriku. begitu juga dengan diri kamu. mata masuk habuk adalah alasan yang seringkali kamu berikan kepadaku apabila aku terdengar esakkan dari diri kamu. pada mulanya rasa mahu tergelak sahaja apabila kamu berikan alasan seperti itu aku. tapi itu semua tidak penting bagi aku, yang penting aku ingin kamu sentiasa dalam keadaan sihat, jangan sedih dan bahagia apabila berada di sampingku. akhir kata, aku terlalu sayang akan diri kamu. aku ingi sentiasa berada disisi dan dihatimu kerana kamu adalah milikku walaupun pada haknya kmau adalah milik ALLAH S.W.T. begitu juga dengan diriku ini wahai kekasih hatiku.
     
iyou papa daniel !!!!

salam sayang aku buat dirimu....

Wednesday 11 January 2012

siapa aku bagi engkau??

Perkenalan kita bermula dia laman muka buku. Walaupun baru seketika, ia sudah memberi seribu erti buat diri aku. Segala perubahan yang berlaku ke atas diri aku ini mungkin disebabkan persahabatan antara aku dan kamu. Ramai yang terkejut dengan perubahan terhadap diriku ini, tapi ini semuanya adalah realiti, Tapi mengapa masih ada yang tidak mahu percaya dengan perubahan diri aku ini. Apa salah aku? apa dosa aku pada mereka semua?

Pertelingkahan dan salah faham adalah perkara biasa bagi sesebuah persahabatan. tetapi itu tidak bermakna menjadi penghalang untuk aku terus mengenali dirimu dengan lebih mendalam. engkau sungguh baik dan sangat mengerti diri ku ini.

Pesanan mu buat ku : kadang2, hidup ini busy sangat, nak say hai pun kadang2 xsempat.. nak sms selalu pun kadang2 xsempat jugak. tapi, xbererti kte lupakna uwg yang disana. take carer and smile.

Walau siapa pun aku, aku harap kita masih boleh menerima aku sebagai kawan walauapapun terjadi dan kaw sedia untuk datang membantu aku sekiranya ku dalam kesusahan atau aku memohon pertolongan dari dirimu..

Ini lah baru dikata kan kawan. kawan memang ramai, tapi sahabat memang susah untuk kite cari. bila happy sama2, tapi bile dalam menimpa kesushan. siapa yang sanggup datang untuk bantu kite?? siapa??