Friday 27 January 2012

ku juga mencintai diri mu...

Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/saiful/ku_juga_mencintaimu.html ]
Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

untuk sayangku...

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

Friday 13 January 2012

kau sayang ku....

kepada insan yang amat aku sayang...

ingin aku katakan bahawa hanya engkau sahaja ada didalam hatiku, tidak mungkin ada yang lain. janji ku padamu sentiasa berlegar difikiran ku. siang malam aku asyik terfikir akan dirimu. walaupun perkenalan kita hanya dalam tempoh yang singkat, tetapi bagi aku perkenalan ini seperti sudah sekian lamanya. dalam tidak ku sedari, ikatan kita bersama telah masuk sebulan. bermacam dugaan terpaksa kita tempuhi bersama, pelbagai janji dan impian telah kita impikan dalam hubungan kita. aku amat mengharapkan agar semua ini akan tercapai dengan izin ALLAH S.W.T. kehidupan bahagia adalah impian aku bersamamu. adakah itu juga impianmu, wahai kekasih hatiku. kata kau pada ku, 6 tahun lagi, semua ini akan tercapai. insyallah dengan berkat dan izin yang diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada kita berdua. hati, suara dan dirimu adalah menjadi milikku. tiada siapa boleh mengambilnya dari diriku. begitu juga dengan diriku adalah milikmu. papa daniel adalah nama yang aku berikan kepada kamu dan mama ana pula nama yang kamu berikan padaku. aku amat bahagia sekali apabila berada disampingmu. "KAU TETAP DI SISI- ANDAI ADA RUANG DI HATIMU, INGIN KUSELIT CINTA DAN SAYANGKU". adakah kamu ingat dengan coretan ayat ini? dan kamu selalu berpesan kepada aku supaya jangan mangis, tapi sifat itu mungkin sukar untuk aku buang kerana aku tidak boleh mendengar luahan hati kamu yang menahan sebak kerana hati kamu kan sentiasa berada di dalam diriku. begitu juga dengan diri kamu. mata masuk habuk adalah alasan yang seringkali kamu berikan kepadaku apabila aku terdengar esakkan dari diri kamu. pada mulanya rasa mahu tergelak sahaja apabila kamu berikan alasan seperti itu aku. tapi itu semua tidak penting bagi aku, yang penting aku ingin kamu sentiasa dalam keadaan sihat, jangan sedih dan bahagia apabila berada di sampingku. akhir kata, aku terlalu sayang akan diri kamu. aku ingi sentiasa berada disisi dan dihatimu kerana kamu adalah milikku walaupun pada haknya kmau adalah milik ALLAH S.W.T. begitu juga dengan diriku ini wahai kekasih hatiku.
     
iyou papa daniel !!!!

salam sayang aku buat dirimu....

Wednesday 11 January 2012

siapa aku bagi engkau??

Perkenalan kita bermula dia laman muka buku. Walaupun baru seketika, ia sudah memberi seribu erti buat diri aku. Segala perubahan yang berlaku ke atas diri aku ini mungkin disebabkan persahabatan antara aku dan kamu. Ramai yang terkejut dengan perubahan terhadap diriku ini, tapi ini semuanya adalah realiti, Tapi mengapa masih ada yang tidak mahu percaya dengan perubahan diri aku ini. Apa salah aku? apa dosa aku pada mereka semua?

Pertelingkahan dan salah faham adalah perkara biasa bagi sesebuah persahabatan. tetapi itu tidak bermakna menjadi penghalang untuk aku terus mengenali dirimu dengan lebih mendalam. engkau sungguh baik dan sangat mengerti diri ku ini.

Pesanan mu buat ku : kadang2, hidup ini busy sangat, nak say hai pun kadang2 xsempat.. nak sms selalu pun kadang2 xsempat jugak. tapi, xbererti kte lupakna uwg yang disana. take carer and smile.

Walau siapa pun aku, aku harap kita masih boleh menerima aku sebagai kawan walauapapun terjadi dan kaw sedia untuk datang membantu aku sekiranya ku dalam kesusahan atau aku memohon pertolongan dari dirimu..

Ini lah baru dikata kan kawan. kawan memang ramai, tapi sahabat memang susah untuk kite cari. bila happy sama2, tapi bile dalam menimpa kesushan. siapa yang sanggup datang untuk bantu kite?? siapa??