Tidak lama kemudian, Fanish pergi meninggalkan kami berdua, hati aku tiba-tiba berasa amat sayu sekali apabila melihat pemergian Fanish setelah melihat kehadiran Danish bersama aku pada majlis itu. Adakah Fanish cemburu? Tapi mengapa dia mesti cemburu, bukankah dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap aku. Itu mungkin halusinasi aku sahaja.
Tanpa berlengah lagi, Fanish segera ke pentas mini untuk meneruskan lagi majlisnya. Aku tidak pasti pada yang sebenarnya ingin Farish katakan, kerana sepanjang majlis itu berlangsung, dia tidak putus-putus untuk memandang setiap gerak geri yang aku lakukan ketika bersama Danish, kekasih hati aku. Fanish tanpa membuang masa memulakan ucapannya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan yang amat memeranjatkan diri aku lagi, apabila Farish menyatakan ribuan yang tidak terhingga ke atas kehadiran kekasih hatinya sambil menghalakan badannya ke arah aku. Aku menjadi tertanay-tanay, mengapa perlu dia memandang ke arahku. Keadaan majlis itu menjadi senyap seketika. Kemudian Farish menyebut nama ‘Bidadari Salju’yang secara tiba-tiba aku menjadi terkaku lalu gelas yang ada pada tangan aku jatuh terlepas. Lalu aku berlari meninggalkan majlis itu. Semua tetamu yang hadir terus terdiam lalu memandang ke arah aku. Mereka saling berpandangan dan menanya sesama sendiri tentang apa yang telah terjadi. Dalam tidak aku sangka, rupa-rupanya pemergian aku sebentar tadi telah memberi kesan yang amat mendalam pada majlis itu. Sehinggakan Farish segera berlari turun dari pentas mininya untuk mendapatkan aku. Danish hanya mampu melihat setelah dia terpandangan aku menitiskan air mata untuk pertama kalinya di hadapannya sebelum aku berlari meninggalkan majlis tersebut. Mungkin dia mengerti tentang apa yang telah terjadi kerana selama ini aku telah menceritakan segala-galanya kepadanya. Apakah perasaan Danish terhadap aku pada ketika itu? Dan mengapa Farish perlu menyebut nama "Bidadari Salju" itu di khalayak ramai. Apa yang sebenarnya yang Farish inginkan dari diri aku ini.
Kenapa kau lakukan ini semua ini Farish? Kenapa???????????
Kenapa kau lakukan ini semua ini Farish? Kenapa???????????