Thursday 22 December 2011

luahan hati seorang kekasih...

Assalammualaikum,
Firstly, hubby nk ucapkan time kasih coz terima hubby s'adanya, hubby cygkan ayg. hubby cntekn ayg sgt. i misz u so much my honey madu, scndly hubby ase sgt happy, sbb hubby milik ayg, ayg mlik hubby, hubby always nx wat ayg happy n smile, bcause i so happy apble ayg ktwe n kne kn hubby, u r noty my honey, haha, thrdly, hubby nx hubby sowg sje yg akn wt ayg happy!! hubby sowg sje akn jd milik ayg cm5 ble2, i2 impian hubby!! hubby ingn bg sgalanye pd ayg spya ayg snyum, kywe dn xakn ad ase sad o whtever, bcause i love u so much, bg hubby u r everythng 4 me!! u know! edp hubby x b'mkne tnpe ayg, fourtly, hubby sedar, hubby byk nyshkan ayg, wat ayg ngs, hubby xnk s'titiks air mata ayg jtuh k'ppi krn air mata ayg bg2 b'hrge wt hubby!! lau hubby pg tok clamenye, egtlah bhwaa, hubby t'lalu cyg ayg !! jgn upe kn cnte hubby n memory kyte.......

i you,, hubby !!!!

assalammualaikum,,
02:33:24pm
22-dec-2011

Saturday 22 October 2011

part 3 : cintaku mungkin bukan untuk mu...

Farish telah mengadakan  satu majlis makan malam yang amat meriah bagi aku. Dan ini adalah majlis yang amat menakjubkan yang pernah aku hadiri. Pada malam majlis itu, tetamu di kehendaki hadir bersama pasangan. Dengan itu, aku mengambil keputusan untuk mengajak Danish bagi menemani aku menghadiri majlis pada malam itu. Kehadiran aku pada malam itu menjadi tumpuan para tetamu yang lain. Kemudian, aku dan Danish segera mendapatkan tempat duduk sebelum berjumpa dengan Farish. Sedang asyik aku berbual dengan Danish sementara menunggu kedatangan pelayan untuk mendapatkan segelas air, tiba-tiba aku di kejutkan dengan satu suara. Lalu aku memalingkan badan aku ke arah suara tersebut. Ternyata suara itu milik seorang jejaka iaitu Farish Taufik. Farish pada kala itu kelihatan sangat kacak sekali hingga menggugat naluri aku sebagai seorang gadis. Benak aku berfikir, bahawa sesiapa sahaja yang melihat Farish pada kala ini pasti akan terpikat, silap hari bulan boleh jadi sasau di buatnya. Lamunan aku terhenti apabila tangan aku di sigung oleh kekasih hati aku, Danish. Apabila aku melihat wajah Farish, aku dapat mengesan riak perubahan pada wajahnya. Lalu aku terus memperkenalkan Danish kepada Fanish. Mereka bersalaman antara satu sama lain.

Tidak lama kemudian, Fanish pergi meninggalkan kami berdua, hati aku tiba-tiba berasa amat sayu sekali apabila melihat pemergian Fanish setelah melihat kehadiran Danish bersama aku pada majlis itu. Adakah Fanish cemburu? Tapi mengapa dia mesti cemburu, bukankah dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap aku. Itu mungkin halusinasi aku sahaja. 
Tanpa berlengah lagi, Fanish segera ke pentas mini untuk meneruskan lagi majlisnya. Aku tidak pasti pada yang sebenarnya ingin Farish katakan, kerana sepanjang majlis itu berlangsung, dia tidak putus-putus untuk memandang setiap gerak geri yang aku lakukan ketika bersama Danish, kekasih hati aku. Fanish tanpa membuang masa memulakan ucapannya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan yang amat memeranjatkan diri aku lagi, apabila Farish menyatakan ribuan yang tidak terhingga ke atas kehadiran kekasih hatinya sambil menghalakan badannya ke arah aku. Aku menjadi tertanay-tanay, mengapa perlu dia memandang ke arahku. Keadaan majlis itu menjadi senyap seketika. Kemudian Farish menyebut nama ‘Bidadari Salju’yang secara tiba-tiba aku menjadi terkaku lalu gelas yang ada pada tangan aku jatuh terlepas. Lalu aku berlari meninggalkan majlis itu. Semua tetamu yang hadir terus terdiam lalu memandang ke arah aku. Mereka saling berpandangan dan menanya sesama sendiri tentang apa yang telah terjadi. Dalam tidak aku sangka, rupa-rupanya pemergian aku sebentar tadi telah memberi kesan yang amat mendalam pada majlis itu. Sehinggakan Farish segera berlari turun dari pentas mininya untuk mendapatkan aku. Danish hanya mampu melihat setelah dia terpandangan aku menitiskan air mata untuk pertama kalinya di hadapannya sebelum aku berlari meninggalkan majlis tersebut. Mungkin dia mengerti tentang apa yang telah terjadi kerana selama ini aku telah menceritakan segala-galanya kepadanya. Apakah perasaan Danish terhadap aku pada ketika itu? Dan mengapa Farish perlu menyebut nama "Bidadari Salju" itu di khalayak ramai. Apa yang sebenarnya yang Farish inginkan dari diri aku ini. 
Kenapa kau lakukan ini semua ini Farish? Kenapa???????????






bile hati sudah rindu,,,,

di saat kaw tiada di sisi,, aku rase sangat sunyi dan sepi sekali... ada kala nye,, seperti hidup tidak memberi erti langsung pada diri ku ini,, setiap malam aku menangis dan menangis kerana terkenang kan diri mu,, adakah kaw tahu kenapa aku semue ini jadi begini,, untuk pengetahuan kaw, aku jd begini disebabkan kaw.. tp kenapa kaw masih tidak mahu ambil kisah lg psal diri ku??!!!! adakah ini semue slh aku,,?? apa yg membuatkan smpai kaw begitu bencikn aku?? tlg la tmpil kan diri kaw untuk berikan penjelasan yg tidak mungkin untuk aku menjawab nye,,, tolong la!!! tolong la!!!!! aku pinta dari mu...

Wednesday 19 October 2011

benar ke ini kisah cinta ku??


Percintaan ku bermula pada usia 9 tahun. Sesiapa sahaja yang mendengarnya seperti kurang percaya.
Benar atau tidak?? Tapi itu mungkin juga benar dan mungkin itu hanya rekaan dari diriku. Memang sukar untuk diri ini menyatakannya, hanya si dia yang mampu untuk mengiyakan. Ramai yang akan menyatakan seawal usia 9 tahun, ia dianggap sebagai cinta monyet. Tetapi tidak bagi diriku. Perkenalan aku bersamanya hanya mengambil 3 tahun. Aku terputus hubungan dengan si dia sewaktu aku dalam darjah 5 kerana sewaktu itu aku terpaksa berpindah ke sekolah lain. perkenalan aku dengannya tidak terhenti setakat itu, kerana masih si dia masih mahu berhubung dengan aku melalui sahabatku. Perkara yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini iaitu apabila tiba hari lahir ku, si dia menyampaikan satu hadiah kepada ku. Apabila aku menerimanya, aku sangat terharu dan hadiah dari pemberian si dia masih aku simpan dengan selamt hingga ke hari ini. Aku tidak pasti sama ada ia mmasih ingat atua pun tidak. Selepas dari peristiwa itu, kami langsung tidak berhubung.

Setahun kemudian,
 Pada hari khamis, semua pelajar lepasan UPSR meraikan kebebasan tamatnya peperiksaan yang berlangsung selama 3 hari. Pada hari itu, aku bersama beberapa rakan ku pergi bersiar-siar di taman, tiba-tiba aku terserempak dengan si dia. Hati ku berbunga riang kerana tlah sekian lama tidak berjumpa dengan si dia. Tapi, adakah si dia masih mengingati diri ku ini? Aku dan si dia hanya berselisihan tanpa berkata apa-apa, hanya senyuman yang mampu aku berikan untuk si dia. 

3 tahun kemudiannya,
Pada hari jumaat, aku bersama rakan-rakan ku sedang duduk bersembang di pondok di mana pondok itu adalah tempat untuk kami semua lepak. Maklumlah baru habis PMR, semuanya buat kepala sendiri. Tiba-tiba datang seorang junior perempuan dan dia memberitahu sama ada kita orang nak join tarian semperna hari kemerdekaan atau tidak. Kita orang pelagi, pantang disuwe.. hehehe..

Selama 2 hari kita orang belajar menari, maklumlah semuanya tangan kayu. Tiba hari yang dinanti-nantikan, aku dan rakan-rakanku menginap di sebuah hotel iaitu Hotel Selesa selama seminggu. Best woo, rasa macam jakunlah pulak. Mana tidaknya, seminggu check in kat hotel. Aktivti di sama amat memenatkan kerana awal pagi da kena bangun untuk buat latihan menari, larut malam baru balik bilik. Pada hari jumaat, kita orang semua menghadiri latihan penuh. Ia amat seronok sekali, tiba- tiba datang seorang rakanku dan dia memberitahu padaku bahawa sekolah si dia turut sertai festival ini. Hati aku sudah mula berbunga riang, lalu aku memberitahu kepada rakanku yang aku mahukan nombor telefon si dia. Dengan segera aku menelefon si dia, tetapi panggilan ku tidak di angkat oleh si dia. Aku sungguh kecewa. Aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan si dia, Akhirnya, dapatlah jua aku bertemu dengan si dia, kami hanya berbual di tangga kerana menurutnya takut terserempak dengan cikgunya. TAKUT CIKGU KER, TAKUT AWEK NAMPAK?? Selepas berbual, aku mengajaknya untuk pergi berjumpa dengan rakan-rakanku. Mereka sudah senyum-senyum apabila memandangku. Jadi malu aku di buatnya. Keesokkan harinya, kita orang sibuk dengan persiapan. Harapan aku, sebelum pulang ke hotel, aku ingin berjumpa dengan si dia. Tetapi, harapan ku punah kerana telefon si dia tutup. Walauapapun, aku masih mempunyai nombor telefonnya. Pertemuan aku dengannya hanya sampai di situ.

So, sehingga kini aku masih menantikan kehadirannya. Walaupun aku dapat berhubung dengannya melalui facebook, tapi ia tidak bermakna untuk si dia terus melupakan kisah lalu ku. Apabila aku bertanya akan khabarnya, si dia seperti ingin melarikan diri dari aku. Kenapa perlu  si dia lakukan sebegitu rupa??  KENAPA??

Pinta ku, semoga engkau berjaya dalam pengajian dan penghargai persahabatan kita sampai bila-bila.
Ya aku akui yang di dunia ini masih ramai jejaka yang boleh di buat teman tetapi bukan mudah untuk aku menerimanya. Prinsip hidup ku pada kala ini, percintaan mungkin tidak akan wujud sehingga aku berjaya menamatkan pengajianku yang hanya berbaki 2 tahun sahaja tempoh pengajian ku.




*SALAM SAYANG KU UNTUK MU WAHAI SI DIA, WALAUPUN AKU TAHU ENGKAU MUNGKIN SAMA SEKALI TIDAK MENGERTI SEGALA APA YANG TERSURAT DALAM BARIS-BARIS AYAT DI ATAS*





Tuesday 18 October 2011

part 2 : cintaku mungkin bukan untuk mu...

Sedang aku bersantai di taman mini milik ibuku sementara menantikan kehadiran kekasih hati iaitu Danish, seorang posman datang untuk menghantar surat. Aku bergegas berlari ke arahnya. Tanpa berlengah pemuda itu terus menyerahkan sepucuk surat kepada ku lalu beredar pergi. Aku kembali mengambil tempat asal ku. Aku membuka surat itu dengan kadar segera untuk mengetahui apa yang terkandung dalam surat tersebut. Rupa-rupanya, surat yang aku terima itu merupakan suatu kad jemputan daripada rakanku, Farish Taufik yang akan mengadakan satu majlis makan malam yang amat istimewa khas untuk rakan-rakan dan aku menjadi tetamu istimewanya pada malam itu. Sungguh terharu rasanya apabila namaku tertera di dalam kad jemputan itu. Bukan sebagai nama tetamu jemputan tetapi sebagai insan istimewa kepada jejaka yang bernama Farish Taufik. Sedang asyik aku meneliti kad jemputan itu, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang cukup kuat milik Danish. Danish melambaikan tangannya ke arahku. Menurut pada perancangan , sebenarnya pada petang itu kami akan pergi menonton movie ‘REAL STEEL’ dan sambil itu pergi membeli belah. Ketelanjuran aku menerima kad jemputan sekatika tadi, lalu aku pun mempelawa Danish untuk pergi menemaniku pada malam tersebut. Danish pun menerima pelawaan ku.Lalu setelah selesai menonton movie, kami akan pergi memcari baju yang sesuai untuk di pakai pada malam majlis itu.

Detik yang amat di tunggu-tunggukan oleh Farish Taufik iaitu malam majlis yang telah dia akankan di mana pada malam itu dia akan mengumumkan suatu perkara yang bakal memeranjatkan para tetamu termasuk diriku. Tepat pada jam 8 malam, para tetamu sudah mula memenuhi perkarangan kawasan majlis tersebut. Farish mengadakan majlis tersebut bukan di tempat yang merah, sebaliknya dia mengadakan di tepi pantai . Tujuannya, dia mahukan para tetamu dan diriku merasai kehangatan angin pada waktu malam sambil menghirup udara segar yang barangkali sukar untuk mereka semua menikmatinya.

 Saat-saat yang di nanti-nantikan apabila kaki ku menjejaki kawasan di mana majlis itu di adakan, aku berasa amat terkejut dan terharu sekali kerana…….



"nantikan sambungannya"




Monday 17 October 2011

untukmu ibu & ayah

Disini ingin aku nyatakan bahawa aku amat menyayangi kamu,,,
Hidupku tidak akan bermakna sekiranya kamu tiada,,
Hati ini amat sedih dan pilu bila aku berpisah dengan kamu,,,
Hanya kamu yang ada di hatiku,,,
Kekasih atau buah hati tidak mapu menandingi kasih dan sayang kamu,,,
Oh ayahanda dan bonda..
Aku tak sanggup kehilangan kamu..
Doa ku sentiasa mengiringi kamu,,
Agar kamu sentiasa sihat dan berbahagia di samping anak-anakmu...
Air mata kasih tidak sama sekali dengan air mata putus cinta,,
Oleh itu,,
Jangan la gugur kan air mata itu kerana putus cinta..
Kerana ia tidak memberi sebarang erti..
Sebaliknya,
Kehilangan kekasih boleh di cari,,
Kehilangan orang yang tersayang (AYAHANDA & BONDA) tidak boleh di cari ganti..
Sayang dan hargai lah mereka,,,
Turutilah segala kemahuannya agar dapat melihat senyuman yang menawan dari mereka,,,
Senyuman yang terakhir tidak kita ketahui,,
Mungkin hari ini, mungkin esok atau mungkin lusa adalah senyuman yang terakhir yang dapat mereka berikn kepada kita..
Natijahnya,
Doa dan kasih seorang anak perlu sentiasa menysuri kebahagian ayahanda & bonda pada kala ini.. 
Hati ini akan menyesal dan terasa amat pilu bila berpisah dengan diri kamu...

Salam rindu buat AYAHANDA & BONDA yang jauh diperantau..



*KISAH INI MUNGKIN UNTUK KELUARGAKU DAN MUNGKIN JUGA UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG MEMBACANYA.. IKHLAS DARI DIYANA NAMAKU..

Saturday 15 October 2011

part 1 : cintaku mungkin bukan untuk mu,,,,

Pada suatu hari, sedang aku duduk di hentian bas sementara menunggu kehadiran bas. Tiba-tiba aku telah didatangi oleh seseorang jejaka yang amat kacak. Jejaka itu bernama Farish Taufik. Kisah pengenalan aku dengannya bermula di stesen hentian bas di mana tempat aku menunggu bas untuk pulang ke rumah. Farish telah muncul dalam diri ku ini sejak pada hari pertemuan kami. Kehidupan aku sentiasa didatangi mimpi dan igauan jejaka yang bernama Farish Taufik. Hati aku telah berputik untuk mencintai jejaka itu kerana kebaikan dan pertolongan yang seringkali jejaka itu hulurkan kepada ku. Farish sungguh baik hati dan yang paling aku kagum dengannya ialah dia akan sering menanyakan kepadaku tentang kesihatan, makan dan minum ku. Sehinggakan dia sanggup untuk mengetepikan segala hal yang baginya amat penting semata-mata untuk menemaniku menonton wayang atau pergi shopping. Farish melakukan sebegini demi menjaga hati ku. Dalam prinsip hidupnya persahabatan yang sudah hampir setahun terjalin ini tidak mungkin untuk dia sia-siakan sehingga jejaka itu memasang niat untuk mencari kekasih hati. Sekian lama aku menunggu kata-kata keramat yang keluar dari mulut Farish Taufik, tetapi ianya sekadar mimpi belaka. Aku pun membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup.Bak kata pepatah, ‘takkan perigi cari timba pula’.  Kenangan terindah kini berulang kembali apabila diriku didatangi seorang jejaka yang lebih kurang kacaknya seperti Farish Taufik. Jejaka yang telah berjaya untuk mencuit hatiku untuk kali yang keduanya bernama Iqmal Danish..

Danish jejaka yang sangat gentleman dan romantik sekali. Danish amat berharap agar aku dapat terima dirinya dan menjadi suri hatinya buat selama-lamanya. Kerana itulah sehingga kini Danish masih setia bersamaku. Kini, aku menganggap dan menerima Danish sebagai kekasih hatiku yang amat aku cintai lagi aku sayangi. Aku menerima lamaran itu kerana Farish masih belum memberanikan diri untuk menanyakan mengenai isi hatiku terhadap dirinya. Barangkali Farish menganggap aku hanya sekadar teman sejati dan tidak lebih dari itu. Sehingga pada suatu hari.............



                                               ****nantikan sambungan cerita ini****

Thursday 11 August 2011

cinta ker??


rmai sgt yg suke becpl mse skg ni,,, best sgt ker cpl2 ni ha??... rse cm buang mse jer,,, pe tak nye,, bile da cpl je kkne cntrol la,, jap baik,, jap gdoh.. eii bsan nye,,,, diyqnq rse jd SINGLE lg best.. nk g mane2 xyah nk kene report,, kecuali kne ckp ngn parent dlu la kn.. anti xla dy uwg risau sgt ngn kte.. yg pling diyqnq xsuke ngn uwg cpl2 ni.. 24jam ngn tpn je,,, lps bgayut ,, mcg .. pastu smbg gayut blik,, pe la nk jd,,, xrse ke cm buang kredit kowg... ish2,, pe la nk jd ngn dak2 zmn skg.... hurm,, tah ler,,, xtaw diyqnq nk ckp pe,, bkn nye diyqnqn xde kwn yg ngah mabok cintan-cintot ni...