Friday 13 January 2012

kau sayang ku....

kepada insan yang amat aku sayang...

ingin aku katakan bahawa hanya engkau sahaja ada didalam hatiku, tidak mungkin ada yang lain. janji ku padamu sentiasa berlegar difikiran ku. siang malam aku asyik terfikir akan dirimu. walaupun perkenalan kita hanya dalam tempoh yang singkat, tetapi bagi aku perkenalan ini seperti sudah sekian lamanya. dalam tidak ku sedari, ikatan kita bersama telah masuk sebulan. bermacam dugaan terpaksa kita tempuhi bersama, pelbagai janji dan impian telah kita impikan dalam hubungan kita. aku amat mengharapkan agar semua ini akan tercapai dengan izin ALLAH S.W.T. kehidupan bahagia adalah impian aku bersamamu. adakah itu juga impianmu, wahai kekasih hatiku. kata kau pada ku, 6 tahun lagi, semua ini akan tercapai. insyallah dengan berkat dan izin yang diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada kita berdua. hati, suara dan dirimu adalah menjadi milikku. tiada siapa boleh mengambilnya dari diriku. begitu juga dengan diriku adalah milikmu. papa daniel adalah nama yang aku berikan kepada kamu dan mama ana pula nama yang kamu berikan padaku. aku amat bahagia sekali apabila berada disampingmu. "KAU TETAP DI SISI- ANDAI ADA RUANG DI HATIMU, INGIN KUSELIT CINTA DAN SAYANGKU". adakah kamu ingat dengan coretan ayat ini? dan kamu selalu berpesan kepada aku supaya jangan mangis, tapi sifat itu mungkin sukar untuk aku buang kerana aku tidak boleh mendengar luahan hati kamu yang menahan sebak kerana hati kamu kan sentiasa berada di dalam diriku. begitu juga dengan diri kamu. mata masuk habuk adalah alasan yang seringkali kamu berikan kepadaku apabila aku terdengar esakkan dari diri kamu. pada mulanya rasa mahu tergelak sahaja apabila kamu berikan alasan seperti itu aku. tapi itu semua tidak penting bagi aku, yang penting aku ingin kamu sentiasa dalam keadaan sihat, jangan sedih dan bahagia apabila berada di sampingku. akhir kata, aku terlalu sayang akan diri kamu. aku ingi sentiasa berada disisi dan dihatimu kerana kamu adalah milikku walaupun pada haknya kmau adalah milik ALLAH S.W.T. begitu juga dengan diriku ini wahai kekasih hatiku.
     
iyou papa daniel !!!!

salam sayang aku buat dirimu....

No comments:

Post a Comment