Wednesday 19 October 2011

benar ke ini kisah cinta ku??


Percintaan ku bermula pada usia 9 tahun. Sesiapa sahaja yang mendengarnya seperti kurang percaya.
Benar atau tidak?? Tapi itu mungkin juga benar dan mungkin itu hanya rekaan dari diriku. Memang sukar untuk diri ini menyatakannya, hanya si dia yang mampu untuk mengiyakan. Ramai yang akan menyatakan seawal usia 9 tahun, ia dianggap sebagai cinta monyet. Tetapi tidak bagi diriku. Perkenalan aku bersamanya hanya mengambil 3 tahun. Aku terputus hubungan dengan si dia sewaktu aku dalam darjah 5 kerana sewaktu itu aku terpaksa berpindah ke sekolah lain. perkenalan aku dengannya tidak terhenti setakat itu, kerana masih si dia masih mahu berhubung dengan aku melalui sahabatku. Perkara yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini iaitu apabila tiba hari lahir ku, si dia menyampaikan satu hadiah kepada ku. Apabila aku menerimanya, aku sangat terharu dan hadiah dari pemberian si dia masih aku simpan dengan selamt hingga ke hari ini. Aku tidak pasti sama ada ia mmasih ingat atua pun tidak. Selepas dari peristiwa itu, kami langsung tidak berhubung.

Setahun kemudian,
 Pada hari khamis, semua pelajar lepasan UPSR meraikan kebebasan tamatnya peperiksaan yang berlangsung selama 3 hari. Pada hari itu, aku bersama beberapa rakan ku pergi bersiar-siar di taman, tiba-tiba aku terserempak dengan si dia. Hati ku berbunga riang kerana tlah sekian lama tidak berjumpa dengan si dia. Tapi, adakah si dia masih mengingati diri ku ini? Aku dan si dia hanya berselisihan tanpa berkata apa-apa, hanya senyuman yang mampu aku berikan untuk si dia. 

3 tahun kemudiannya,
Pada hari jumaat, aku bersama rakan-rakan ku sedang duduk bersembang di pondok di mana pondok itu adalah tempat untuk kami semua lepak. Maklumlah baru habis PMR, semuanya buat kepala sendiri. Tiba-tiba datang seorang junior perempuan dan dia memberitahu sama ada kita orang nak join tarian semperna hari kemerdekaan atau tidak. Kita orang pelagi, pantang disuwe.. hehehe..

Selama 2 hari kita orang belajar menari, maklumlah semuanya tangan kayu. Tiba hari yang dinanti-nantikan, aku dan rakan-rakanku menginap di sebuah hotel iaitu Hotel Selesa selama seminggu. Best woo, rasa macam jakunlah pulak. Mana tidaknya, seminggu check in kat hotel. Aktivti di sama amat memenatkan kerana awal pagi da kena bangun untuk buat latihan menari, larut malam baru balik bilik. Pada hari jumaat, kita orang semua menghadiri latihan penuh. Ia amat seronok sekali, tiba- tiba datang seorang rakanku dan dia memberitahu padaku bahawa sekolah si dia turut sertai festival ini. Hati aku sudah mula berbunga riang, lalu aku memberitahu kepada rakanku yang aku mahukan nombor telefon si dia. Dengan segera aku menelefon si dia, tetapi panggilan ku tidak di angkat oleh si dia. Aku sungguh kecewa. Aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan si dia, Akhirnya, dapatlah jua aku bertemu dengan si dia, kami hanya berbual di tangga kerana menurutnya takut terserempak dengan cikgunya. TAKUT CIKGU KER, TAKUT AWEK NAMPAK?? Selepas berbual, aku mengajaknya untuk pergi berjumpa dengan rakan-rakanku. Mereka sudah senyum-senyum apabila memandangku. Jadi malu aku di buatnya. Keesokkan harinya, kita orang sibuk dengan persiapan. Harapan aku, sebelum pulang ke hotel, aku ingin berjumpa dengan si dia. Tetapi, harapan ku punah kerana telefon si dia tutup. Walauapapun, aku masih mempunyai nombor telefonnya. Pertemuan aku dengannya hanya sampai di situ.

So, sehingga kini aku masih menantikan kehadirannya. Walaupun aku dapat berhubung dengannya melalui facebook, tapi ia tidak bermakna untuk si dia terus melupakan kisah lalu ku. Apabila aku bertanya akan khabarnya, si dia seperti ingin melarikan diri dari aku. Kenapa perlu  si dia lakukan sebegitu rupa??  KENAPA??

Pinta ku, semoga engkau berjaya dalam pengajian dan penghargai persahabatan kita sampai bila-bila.
Ya aku akui yang di dunia ini masih ramai jejaka yang boleh di buat teman tetapi bukan mudah untuk aku menerimanya. Prinsip hidup ku pada kala ini, percintaan mungkin tidak akan wujud sehingga aku berjaya menamatkan pengajianku yang hanya berbaki 2 tahun sahaja tempoh pengajian ku.




*SALAM SAYANG KU UNTUK MU WAHAI SI DIA, WALAUPUN AKU TAHU ENGKAU MUNGKIN SAMA SEKALI TIDAK MENGERTI SEGALA APA YANG TERSURAT DALAM BARIS-BARIS AYAT DI ATAS*





No comments:

Post a Comment