Saturday 15 October 2011

part 1 : cintaku mungkin bukan untuk mu,,,,

Pada suatu hari, sedang aku duduk di hentian bas sementara menunggu kehadiran bas. Tiba-tiba aku telah didatangi oleh seseorang jejaka yang amat kacak. Jejaka itu bernama Farish Taufik. Kisah pengenalan aku dengannya bermula di stesen hentian bas di mana tempat aku menunggu bas untuk pulang ke rumah. Farish telah muncul dalam diri ku ini sejak pada hari pertemuan kami. Kehidupan aku sentiasa didatangi mimpi dan igauan jejaka yang bernama Farish Taufik. Hati aku telah berputik untuk mencintai jejaka itu kerana kebaikan dan pertolongan yang seringkali jejaka itu hulurkan kepada ku. Farish sungguh baik hati dan yang paling aku kagum dengannya ialah dia akan sering menanyakan kepadaku tentang kesihatan, makan dan minum ku. Sehinggakan dia sanggup untuk mengetepikan segala hal yang baginya amat penting semata-mata untuk menemaniku menonton wayang atau pergi shopping. Farish melakukan sebegini demi menjaga hati ku. Dalam prinsip hidupnya persahabatan yang sudah hampir setahun terjalin ini tidak mungkin untuk dia sia-siakan sehingga jejaka itu memasang niat untuk mencari kekasih hati. Sekian lama aku menunggu kata-kata keramat yang keluar dari mulut Farish Taufik, tetapi ianya sekadar mimpi belaka. Aku pun membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup.Bak kata pepatah, ‘takkan perigi cari timba pula’.  Kenangan terindah kini berulang kembali apabila diriku didatangi seorang jejaka yang lebih kurang kacaknya seperti Farish Taufik. Jejaka yang telah berjaya untuk mencuit hatiku untuk kali yang keduanya bernama Iqmal Danish..

Danish jejaka yang sangat gentleman dan romantik sekali. Danish amat berharap agar aku dapat terima dirinya dan menjadi suri hatinya buat selama-lamanya. Kerana itulah sehingga kini Danish masih setia bersamaku. Kini, aku menganggap dan menerima Danish sebagai kekasih hatiku yang amat aku cintai lagi aku sayangi. Aku menerima lamaran itu kerana Farish masih belum memberanikan diri untuk menanyakan mengenai isi hatiku terhadap dirinya. Barangkali Farish menganggap aku hanya sekadar teman sejati dan tidak lebih dari itu. Sehingga pada suatu hari.............



                                               ****nantikan sambungan cerita ini****

No comments:

Post a Comment